Monday, February 1, 2010

STRATEGI P&P MURID DISLEKSIA

EJAAN

a) Ajar unit yang kecil: ajar 3 atau 4 patah perkataan setiap kali.
b) Beri latihan yang mencukupi dan juga maklum balas kepada murid.
* Murid boleh menjalankan latihan secara berpasangan.
* Lipat sekeping kertas kepada 5 coloum.Tulis perkataan yang akan dieja
dicoloum pertama.
Murid meneliti ejaan tersebut dan akan cuba menulis dicoloum kedua.
Apabila murid berjaya mengeja dengan betul secara berturut-turut,
murid boleh mengeja perkataan yang kedua.
c) Pilih perkataan Yang Sesuai
Murid mesti tahu membaca perkataan dan juga memahami makna perkataan
yang digunakan untuk latihan ejaan.
d) Ajar secara Direct (Secara langsung)
e) Guna Bahasa yang dapat menerangkan konsep
f) Pastikan perkataan yang telah diajar dulu diulangkaji
g) Pastikan perkataan yang telah dikuasai digunaka dalam konteks
h) Selalu beri motivasi kepada murid untuk mengeja dengan betul
i) Ajar murid kemahiran menggunakan kamus

KAEDAH-KAEDAH MENGAJAR EJAAN

a) KAEDAH ULI-BELAJAR-ULI
* Pada peringkat awal murid diuji kebolehan mengeja perkataan dalam senarai.
* Mrid hanya diajar perkataan yang masih belum dikuasai.
* Strategi yang digunakan termasuk VERBAL MEDIATION atau mengeja.
* Perkataan secara lisan kepada sebaya
* Setelah diajar, murid akan diuji semula
* Murid dikehendaki membaiki kesilapan.

b) KAEDAH VISUALISASI
* Guru menulis diatas kad/kertas perkataan yang boleh murid baca.
* Murid membaca perkataan secara lisan
* Murid membaca huruf dalam perkataan.
* Murid menulis perkataan.
* Guru minta murid meneliti perkataan dan "mengarnoil gambar" perkataan.
* Guru minta murid tutup mata dan revisualize perkataan serta mengeja.
* Guru minta murid menulis dan guru semak ketepatan ejaan tersebut

No comments:

Post a Comment