Thursday, August 6, 2009

Flannel Board




Flannel Board

Dengan menggunakan “flannel board”, kami telah merekakan satu pengajaran yang akan diajarkan kepada murid-murid pemulihan. Kami akan menggunakan konsep keserupaan untuk mereka topik yang ingin kami ajar. Setelah pengajaran, kami akan membantu murid untuk mengimbas kembali pelajaran yang telah mereka pelajari. Selepas itu, murid-murid perlu melakukan diskrisminasi ke atas pelajaran yang telah mereka pelajari.

Topik yang akan kami ajar ialah peralatan dapur. Peralatan dapur yang kami pilih ialah “cawan” dan “gelas”. Dua perkataan tersebut merupakan suku kata KVKVK. Guru akan membimbing murid mengecam dua alat tersebut dan mengenal dua perkataan tersebut. Selepas itu, mereka akan belajar menyebut dua perkatan tersebut.

Seterusnya, guru akan membimbing murid membezakan cawan dan gelas iaitu melakukan diskriminasi.

cawan

gelas

Ada pemegang

Tidak ada pemegang

Rendah dan lebar

Tinggi dan sempit

Mengisi milo panas

Mengisi susu suam atau minuman sejuk

Diletak di atas piring kecil

Tidak diletak di atas piring kecil

Selepas itu, guru akan memberi contoh gambar cawan dengan milo dan gelas dengan susunya. Akhirnya, guru akan membantu murid untuk mengimbas kembali pelajaran yang telah mereka ikuti. Dengan itu ujian diagnostik dijalankan untuk menguji sebanyak mana murid mengingati pelajaran yang telah diajar. Pengajaran dengan melibatkan pengamatan penglihatan dan pendengaran menarik minat murid dan seterusnya membantu pengukuhan murid terhadap pengajaran yang telah dijalankan.

No comments:

Post a Comment